Isnin, 28 Mei 2012

Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh Oleh Ustaz Kamal


Cara merebus belimbing buluh

1. Bersihkan belimbing dengan membuang tampuk kepada (bahagian atas ) buah tersebut .
2. Basuh dan masukkan ke dalam kuali atau kawah .
Elakkan menggunakan kuali yang nipis kerana air belimbing (tajam) boleh menghakis permukaan kuali. Boleh juga gunakan tin minyak masak untuk merebus. Ia boleh diguna sekali sahaja .
3. Nyalakanapi. Sebelum memasak masukkan garam memenuhi permukaan kuali atau kawah . Jangan terlalu banyak. Cukup sekadar menutup ruang permukaan sahaja. Tak perlu masukkan air kerana belimbing akan mengeluarkan air .
4. Setelah keluar air dania mengecut perlahankan sedikit api agar ia tidak hangit. Kawal api. Setelah kering dan air mula berkurangan masukkan sedikit gula agar seimbang antara masin, masam dan manis .
5. Setelah ia mengecut dan warna keperangan dan air hamper kering padamkan api . Tapiskan saki baki air yang tinggal dan asingkan antara isi belimbing dan air. Air boleh digunakan untuk makan ikan bakar. Masukkan bawang dan cili. Sungguh menggiurkan . 


Resepi membuat sambal hitam (Berwarna hitam)

1 kg ikan bilis yg telah dibuang tulang ,kepala dan tahi.
600 gram belimbing yang telah direbus
(kandungan belimbing mengikut rasa . Kalau masin atau masam berlebihan kurangkan jumlahnya)
600 gram bawang yang telah dikisar.
500 gram cili api kampong yang telah dikisar.
(500 gram – standard )
(400 gram – kurang pedas)
(200 gram -  Lagi kurang pedas)
-Jumlah cili api mengikut daya kekuatan pedas seseorang.
2 sudu gula.
Kicap untuk menampakkan cantik dan tambah rasa kelazatan.
1/2 kg minyak masak

Cara memasak

Tumiskan bawang dan cili api sehingga kekuningan atau betul2 masak .(Lebih kurang 15 minit). Masukkan 2 sudu gula .
Masukkan belimbing dan ikan bilis yang telah dikisar .(Jangan kisar sehingga hancur)

Kacau sehingga kering selama 1 jam.Masukkan kicap sehingga rata dengan sambal seluruhnya. Kacau lagi sehingga kering (lebih kurang ½ jam lagi).
Setelah masak sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Boleh dimakan dengan nasi panas, roti, lempeng, capati, roti canai , tosei dan bubur .


Cara menyimpan

Oleh kerana tidak ada bahan pengawit atau ubat tahan maka ia tidak boleh disimpan lama. Kalau dikacau hingga kering ia boleh tahan seminggu saja. Pastikan ia tidak ditutup rapat agar udara masuk dan tidak berkulat.
Boleh ditutup tetapi simpan didalam peti sejuk.
Panaskan bila mahu dimakan.



Pantang larang

Perempuan yang baru bersalin – elakkan memakan sambal belimbing kerana ia adalah tajam dan menganggu kesihatan. Setelah setahun selepas bersalin baru boleh dimakan .



Selamat mencuba .
Ada masalah hubungi tel no :
019 9324754 ( Kamal Ariffin Jaih) atau
0148170829 (Rahimah Harun – isteri )
(UsahawanBaru )